Minggu Keselamatan Pengubatan peringkat Hospital Sultan Abdul Halim
August 8, 2023
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)

Sempena Minggu Keselamatan Pengubatan peringkat Hospital Sultan Abdul Halim yang berlangsung pada 8 Ogos 2023, Jabatan Farmasi dan Bekalan HSAH telah menganjurkan sebuah acara penting iaitu Karnival Kenali Ubat Anda bersama Duta. Dengan bertemakan‘’Engaging Everyone for Patient Safety’’, program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pengunjung dan kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim, dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penggunaan ubat yang betul demi menjamin keselamatan pengubatan.

Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas jemputan yang telah diberikan oleh pihak Hospital Sultan Abdul Halim. Kehadiran kami dalam program ini adalah bukti kerjasama dan komitmen bersama dari semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 

https://www.facebook.com/idealcare.my/

Top